Wednesday, October 6, 2010

PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD)

Salam korang...
Dah lama gak aku tak ber'update'.. so kalini aku nak update info berkaitan HFMD nie..aku baca info ni semalam kat pak G..nasib ada pakG..carie..semuanyer ado..

Agak sedih jugak biler anak2 kiter dah kene jangkitan virus nie..lagi2 di bahagian dalam mulot...langsung tak boleh makan... apakah perasaan kiter biler kita hanya mampu tgk sajer anak kiter mangadu lapar.. dan biler kiter cuba suapkan even air...dia mengaduu sakit mama...syazha sakit mulot..mama..tp apa yg mampu mama buat syazha..selain berdoa agar anak mama cepat sembuh dan yang paling penting dapat makan semula...3 ari anak aku tak leh makan dan tak leh minum susu..hari ke 2 jer minum air... dan ari ke 3 aku cuba ajar minum susu dalam cawan...alhamdulillah..dia leh minum tp hanya seteguk dua.. dia nak cuba baring sambil minum, tp aku tak kasi coz ia akan tumpah.. menangis2 dia nak baring...coz dah selalu macam tu kan.. aku biarkan sehingga dia sendiri rasa tumpah dilehernya.. barulah dia cakap...mama, baju syazha basyah..air tumpah...aku pon amik kain dan lap..

aku berasa sungguh sedih ,, dan aku percaya ada hikmah disebalik semua nie..cuma aku berharap agar kiter janganlah ambil sikap mementingkan diri sendiri sehingga menyusahkan pihak lain akibat dari perbuatan kiter coz ingatla yg kiter hidup bermasyarakat..aku juga mengingatkan kat diriku sama...

gambar di bawah ni amik dari pakG jugak..tp aku amik yg similar ngn syazha.. pic syazha aku tak leh letakkan coz bergoyang..menangis2 biler aku cuba nak pegang...sakit mama..sakit mama..last2 pakG kan ader...tul tak?




Pengenalan

Penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja tetapi ianya sering berlaku di kalangan kanak-kanak di bawah umur 5 tahun yang tidak mempunyai daya tahan badan yang kuat.


Penyebab

Penyakit ini disebabkan oleh kumpulan virus Entero seperti virus Coxsackie A, EV71 dan Echovirus. Pada lazimnya virus Coxsackie A16 adalah menjadi penyebab penyakit ini.


Tanda-Tanda Penyakit

Demam panas
Sakit tekak
Kurang selera makan
Ulser di bahagian mulut dan tekak yang sakit (termasuk gusi dan lidah)
Ruam dan biji-biji berair (blisters) di tapak tangan dan kaki serta punggung (kawasan lampin)

Pada lazimnya penyakit ini tidak membahayakan dan akan sembuh dengan sendirinya dalam tempoh 7 – 10 hari. Akan tetapi kadangkala ia boleh menimbulkan komplikasi yang memerlukan rawatan intensif di hospital.


Cara-Cara Merebak

Penyakit tangan, kaki dan mulut ialah penyakit berjangkit yang sederhana. Ia merebak melalui sentuhan langsung dengan air liur, hingus dan cecair ruam. Ianya juga boleh berjangkit melalui makanan yang dicemari oleh najis orang yang dijangkiti. Penyakit ini mudah merebak di minggu pertama pesakit menghidapinya.


Rawatan

Tidak ada rawatan yang khusus bagi penyakit ini. Rawatan yang diberikan adalah hanya untuk melegakan tanda-tanda yang dihidapi oleh pesakit. Langkah-langkah yang boleh diambil ialah seperti:
Memastikan pesakit banyak minum air untuk mengelakkan dehidrasi (kekurangan cecair badan)
Memakan ubat seperti panadol untuk mengurangkan panas badan dan sakit tekak
Menggunakan ubat sapu untuk mengurangkan rasa pedih bagi ulser dalam mulut.

Ruam di tapak tangan dan kaki biasanya tidak gatal dan tidak memerlukan sebarang rawatan. Jika anak anda dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut:
Pastikan pesakit berehat di rumah hingga sembuh
Elakkan daripada bersekolah atau ke pusat-pusat penjagaan kanak-kanak hingga sembuh
Elakkan berkongsi peralatan makanan dengan ahli keluarga
Dapatkan pemeriksaan doktor di pusat-pusat kesihatan atau hospital yang berdekatan
Sejauh ini tidak terdapat vaksin bagi mencegah penyakit tangan, kaki dan mulut.

Langkah-Langkah Pencegahan

Sentiasa menjaga kebersihan diri
Mencuci tangan selepas menggunakan tandas, selepas menukar atau memegang lampin yang kotor dan sebelum makan
Jangan berkongsi barang-barang persendirian
Menutup mulut dan hidung dengan tisu semasa batuk atau bersin
Bersihkan semua permukaan yang tercemar dan cuci barang-barang yang dipegang oleh kanak-kanak yang dijangkiti; pastikan barang-barang permainan kanak-kanak sentiasa bersih
Mengelakkan dari membawa kanak-kanak ke tempat-tempat sesak dan aktiviti-aktiviti berkumpulan.


PERINGATAN !

Segera bawa berjumpa doktor atau ke Bahagian Kemalangan dan Kecemasan jika anak anda mempunyai tanda-tanda komplikasi seperti berikut:
Demam panas yang tidak menurun
Mengantuk dan kelihatan letih lesu
Gelisah
Muntah berulang-ulang dan tiada selera makan
Sesak nafas
Degupan jantung laju
Kembung perut
Tidak membuang air kecil
Lemah anggota kaki
Otot tersentak
Pergerakan mata yang luar biasa


Di petik dari risalah Kementerian Kesihatan Malaysia 2006



2 comments:

amiRAzlin said...

cian syazha...lagi kurus la nmpknya..semoga syazha cepat sembuh..

syazharchoixee said...

tanx kak..

nak citer pasal kurus.. baru ari ke 2 g check doktor dah turun berat badan 0.5kg...perghh.....